Sunday, April 16, 2006

good sign!!!

Last Saturday April 15 2006, our BP10 community showed their commitment by attending the "Getting to know each other" session. Very GOOD!!!

Pada mulanya semua ajk yang terlibat agak gusar dengan sambutan yang bakal diterima. Maklumlah event ni adalah yang pertama kali dianjurkan oleh persatuan. Tambahan pula hujan mula turun sebelum acara dimulakan...

4:47pm
Tempat duduk masih lagi kosong... suspense







4:54pm
Among the first residents registered... congratulations. AJK dah mula excited...






5:25pm
MC pada hari tu saudara Harun, memulakan event dengan penuh semangat...






5:27pm
Presiden memberikan ucapan. Antara ucapan beliau adalah sejarah dan halatuju penubuhan persatuan.






5:30pm
Beginilah suasana di ruang registration counters, AJK begitu excited dengan sambutan menggalakkan. Event terpaksa dimulakan agak lewat kerana registration counters penuh dengan residents.




Bahang acara makin terasa...








5:39pm
Pegawai polis (dari Balai Polis Putra Perdana) yang dijemput memberikan sedikit taklimat. Antara fakta yang dikemukakan agak "mengejutkan" iaitu 8 orang anggota polis bertanggungjawab ke atas kira-kira 28, 000 orang penduduk di sekitar Putra Perdana, Taman Meranti Jaya termasuklah Bandar Bukit Puchong 2! Berita baik - beliau boleh dihubungi 24 jam.


Beberapa tips keselamatan juga diberikan:
a) duplicate car key - mesti disimpan di tempat tersembunyi bagi mengelakkan pencuri melarikan kereta yang disimpan di rumah ketika ketiadaan penghuni
b) alarm car key - boleh digunakan sebagai alert kepada jiran sekiranya rumah disyaki diceroboh (bawa ke tempat tidur)

6:01pm
Wakil daripada developer Bukit Hitam Development Sdn. Bhd. memberikan sedikit penerangan antaranya keprihatinan developer menyediakan 2 pondok pengawal di kawasan BP10. Beberapa security guard akan ditambah dalam masa terdekat. However, the main purpose is to take care of developer's properties (empty houses) and this is not forever - sementara sahaja.

6:30pm
Q & A session... Beberapa persoalan dibincangkan berkenaan kebersihan dan keselamatan
a) Caj RM35 sebulan yang dikenakan oleh developer adalah untuk angkut sampah, bukannya upah security guard
b) Penutup longkang - terdapat longkang yang tidak ditutup dengan rapi membahayakan especially to the kids. Developer memberikan respon bahawa tindakan akan diambil.


c) Lampu di taman permainan - perlukan beberapa proses yang melibatkan banyak pihak seperti Majlis Perbandaran Sepang, TNB, developer dan juga persatuan. Permintaan mungkin boleh dipertimbangkan.




"Batik Malaysia, Ciptaan Untuk Dunia "
Model-model batik sedang menggayakan posing masing-masing...







Hasil daripada sesi Q & A pada hari tersebut, isu keselamatan menjadi isu utama.
Untuk makluman, to all BP10 residents

In general, two main points can be summarized that had been discuss during the "Getting to know each other" session iaitu keselamatan dan kebersihan.
Keselamatan
Kebersihan

Saya bagi pihak ajk mohon maaf atas kesilapan/kekurangan semasa berlangsungnya acara ini.
Please give your advice/suggestion in order to improve our community.

Lastly, ucapan terima kasih kepada protem committee, tetamu undangan dan juga setiap resident BP10 yang hadir. Tak lupa ucapan terima kasih pada main sponsor iaitu Bukit Hitam Development Sdn. Bhd. dan juga sumbangan peribadi saudara Vincent yang banyak membantu kelicinan penganjuran event ini. Hopefully our community will become stronger and live happier in our neighbourhood.

Protect Ourselves, Protect Each Other!